QeelaDiva. Powered by Blogger.

Malu

RE-BLOGGED

Assalamualaikum.

Ade new story nk share nie. Eheheh. Aku teringat nak share sebab masa aku bangun tidur tadi, aku teringat pasal kejadian dalam lift. Sangat lawak. *bagi aku lah* mangsa yg terlibat khairun atikah nisa (bff) and of course aku lah main character. It was happened a day after my class finished our SPM paper. I mean after paper biology.

Aku and Ika pergi cari kerja masa tu. Biasalah, dah abis exam excited lebih nak kerja. Konon nak carik experience. We olls naik bus dari rumah masing-masing dan jumpa dekat stesen LRT paramount. From there, naik LRT pergi Taman Jaya. Location yang dikenalpasti disitu mesti lah Amcorp Mall. 

Ceritanya bermula disini *tadi tu mukadimah je, ewah*

We olls nie pemalas skit masa tu. Bukan malas ape pon, just malas nak turun tangga. Maka we olls naik lah lift. Dalam lift tu ada aku dan Ika sahaja. Aku dan Ika pun masuk dan sejurus selepas itu pintu lift pon tutup dengan sendirinya. We olls semangat punya tunggu lift tu bergerak turun. A few minutes later, tiba-tiba aku dengar pintu lift dah terbuka. Ada sorang auntie masuk. Aku pon ingat we olls dah sampai. Aku pun keluar dengan selamba badak. Aku jalan depan. Ika jalan belakang aku. Tetiba Ika cakap....

 Ika : Weyh Anis. Kau sedar tak kita tak bergerak?
Me: Hah? Tak bergerak? Aku tak paham. *dengan muka blur teramat sangat*

Selepas itu aku tengok diri aku sendiri. Eh, aku bergerak je. ( referring to diri aku yang dah keluar dari lift). Ape Ika ckap ni. Aku blur sangat masa tu. Then Ika jalan depan aku dan berlari turun tangga. 

Sambil lari tu die ckap

Ika: Weyh kau tengok kita dekat mane sekarang? Asal ada tangga? Lift tak turun tadi. Kau x tekan button ngek.

Masa tu aku dah tergelak-tergelak  tak sedar diri sambil berlari turun tangga. Malu nya masa tu. Dah la masa tu ada dua orang mamat duduk dekat tepi tangga tu. Ya Allah. Malu!




Amcorp mall


Hah, lepas dah malu segala bagai, dengan muka selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku, we olls pon mulakan operasi mencari kerja kosong.

  • popular bookstore
  • kedai kasut 
  • kedai CD 
  • kedai hot value mart 4th floor
  • starbuck
  • secret recipe 

Perkara yang we olls lupa nak bawak masa interview tu ialah pen. Ni bala malu yang kedua pulak. Perkara yang tak patut dilupakan kalau nak pergi carik kerja kosong. Mase staff Starbuck bagi form to fill up we olls buad muka bluur. Yang orang tu lepas dah bagi borang, pandai-pandai lah bagi pen! We olls apa lagi, dah la tak ada pen, we olls keluar dari starbuck tu buat muka tak bersalah. Padahal malu tahap giga.

 One of the staff Starbuck tu tengok-tengok we olls! Mesti dia pelik kenapa lepas ambil borang we olls terus keluar macam tu. We olls keluar sebab nak pergi beli pen dekat popular at the 3rd floor. Padahal ada je kedai runcit jual pen belakang starbuck tu. Gelabah punya pasal, habis semua kelam kabut. Lepas dah beli, baru we olls turun balik pergi Starbuck. Buad muka sangat tak bersalah dan isi borang dan terus hantar. 

*Entry ini aku pernah published dulu dekat blog lama. Oleh itu, aku re-blogged and edit sedikit*



Okay itu sahaja. Jumpa next entry :)


QeelaDiva,
xoxo
.

0 human beings:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates