QeelaDiva. Powered by Blogger.

Introduction ....


Assalamualaikum. I am so excited today. Aku baru buat blog baru ni. Bukan sebelum ni tak ada blog ye. Ada sebenarnya. Macam-macam dah aku coretkan kisah aku. Dari zaman sekolah sampai zaman universiti. Tapi blog tu seperti ada masalah. Oleh itu, aku comeback dengan blog baru. Kisah baru. Hidup baru. weehuu! Selamat membaca walaupon aku tahu takkan ada readers. Its okay. Tak mahu putus harapan. Ehehe.

Aku ni bukan famous mana pon. Ye aku tahu aku tak kan jadi famous. Oleh itu, biarlah aku perkenalkan diri aku dulu yea :) 

Okay! Nama diberi Wan Anis Aqilah. Nak panggil aku apa? Sebenarnya aku ada banyak nama. Sejak zaman sekolah macam-macam gelaran aku dapat. Tapi takpe lah. Tak perlu rasanya aku coretkan disini. Berdasarkan hidup aku yang sekarang *ceh tulis macam ada hidup dulu-dulu*.. maksud aku, zaman keremajaan aku yang hampir meningkat dewasa ini, aku dikenali di universiti dengan nama Diva (which is takda lah diva sangat) atau nama Qeela. Eh wait! Kenapa mesti Diva? Kenapa bukan Anis? aha! 

Meh sini aku bagitahu ye. Nama Diva tu aku tak berapa nak ingat sebab ape aku dapat nama tu. Tapi ada lah sikit yang aku ingat. Okay masa part 1 di UiTM, aku ni sangat lah pasif dan pendiam orangnya. Jauh benar beza aku masa sekolah yang bising mulutnya dengan aku yang masa masuk UiTM. Aku jadi pasif sebab aku terlalu rendah diri dulu. Hmmm , mungkin sebab environment baru? Which is I took about a few months to enjoy my day as a student. Okay, one day aku hang out dengan classmate aku ( first time ) yang terdiri dari perempuan dan laki. Aku macam rapat dengan classmate laki aku ni sebab perangai dia yang overgedik itu. Let me tell you. Mereka adalah zaim, epol, and azra. Jap, aku dah tak ingat siapa lagi. Masa keluar tu, kitorang pergi karaoke. Masa keluar tu lah aku tunjuk perangai aku yang sebenar, Yang banyak cakap dan bising. And bila isnin tu ada kelas, laki-laki overgedik tu lah yang heboh satu kelas perangai aku sebenarnya. Sejak tu aku dapat nama Diva. Rasanya macam tu lah.  Ehehe.

 Hmm kenapa tak panggil Anis? Sebabnya, masa aku part 1, aku memang dah berazam dan berniat nak semua orang panggil aku Qeela. Kononya nak mengkomersialkan nama ketiga aku tu! Oleh itu, tercapailah azam aku yang pertama selepas dapat masuk UiTM. Ewah! Lagipon masa zaman sekolah orang memang semua kenal aku dengan Anis. Lagi nak jadikan cerita, roomate aku pon nama dia Anis. Kan dah tersama nama. So kira memang tepat lah keputusan aku nak tukar nama panggilan ke Qeela. Walaubagaimanapon, masih ada yang tetap panggil aku Anis. Tapi tak ramai!

Rasanya cukup panjang sejarah nama aku ni. Ehehe! Nak tahu tak aku belajar mana? aku belajar dekat UiTM Lendu, Melaka. Menuntut dalam jurusan Komunikasi dan Pengajian Media. Ala, kos ni ada kaitan dengan television, surat khabar, majalah, radio. Dah kata media kan! Sudah belajar di semeste ke 4. Lagi dua semester lagi. YEAYY! Masih muda. baru 19 tahun ni, muda belia kan :)

Tuan rumah yang diceritakan diatas.


AHAKS! 


Ring of mine

Okay itu sahaja. Jumpa next entry :) 


QeelaDiva,
xoxo
.

Template by:
Free Blog Templates