QeelaDiva. Powered by Blogger.

Malu

RE-BLOGGED

Assalamualaikum.

Ade new story nk share nie. Eheheh. Aku teringat nak share sebab masa aku bangun tidur tadi, aku teringat pasal kejadian dalam lift. Sangat lawak. *bagi aku lah* mangsa yg terlibat khairun atikah nisa (bff) and of course aku lah main character. It was happened a day after my class finished our SPM paper. I mean after paper biology.

Aku and Ika pergi cari kerja masa tu. Biasalah, dah abis exam excited lebih nak kerja. Konon nak carik experience. We olls naik bus dari rumah masing-masing dan jumpa dekat stesen LRT paramount. From there, naik LRT pergi Taman Jaya. Location yang dikenalpasti disitu mesti lah Amcorp Mall. 

Ceritanya bermula disini *tadi tu mukadimah je, ewah*

We olls nie pemalas skit masa tu. Bukan malas ape pon, just malas nak turun tangga. Maka we olls naik lah lift. Dalam lift tu ada aku dan Ika sahaja. Aku dan Ika pun masuk dan sejurus selepas itu pintu lift pon tutup dengan sendirinya. We olls semangat punya tunggu lift tu bergerak turun. A few minutes later, tiba-tiba aku dengar pintu lift dah terbuka. Ada sorang auntie masuk. Aku pon ingat we olls dah sampai. Aku pun keluar dengan selamba badak. Aku jalan depan. Ika jalan belakang aku. Tetiba Ika cakap....

 Ika : Weyh Anis. Kau sedar tak kita tak bergerak?
Me: Hah? Tak bergerak? Aku tak paham. *dengan muka blur teramat sangat*

Selepas itu aku tengok diri aku sendiri. Eh, aku bergerak je. ( referring to diri aku yang dah keluar dari lift). Ape Ika ckap ni. Aku blur sangat masa tu. Then Ika jalan depan aku dan berlari turun tangga. 

Sambil lari tu die ckap

Ika: Weyh kau tengok kita dekat mane sekarang? Asal ada tangga? Lift tak turun tadi. Kau x tekan button ngek.

Masa tu aku dah tergelak-tergelak  tak sedar diri sambil berlari turun tangga. Malu nya masa tu. Dah la masa tu ada dua orang mamat duduk dekat tepi tangga tu. Ya Allah. Malu!




Amcorp mall


Hah, lepas dah malu segala bagai, dengan muka selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku, we olls pon mulakan operasi mencari kerja kosong.

  • popular bookstore
  • kedai kasut 
  • kedai CD 
  • kedai hot value mart 4th floor
  • starbuck
  • secret recipe 

Perkara yang we olls lupa nak bawak masa interview tu ialah pen. Ni bala malu yang kedua pulak. Perkara yang tak patut dilupakan kalau nak pergi carik kerja kosong. Mase staff Starbuck bagi form to fill up we olls buad muka bluur. Yang orang tu lepas dah bagi borang, pandai-pandai lah bagi pen! We olls apa lagi, dah la tak ada pen, we olls keluar dari starbuck tu buat muka tak bersalah. Padahal malu tahap giga.

 One of the staff Starbuck tu tengok-tengok we olls! Mesti dia pelik kenapa lepas ambil borang we olls terus keluar macam tu. We olls keluar sebab nak pergi beli pen dekat popular at the 3rd floor. Padahal ada je kedai runcit jual pen belakang starbuck tu. Gelabah punya pasal, habis semua kelam kabut. Lepas dah beli, baru we olls turun balik pergi Starbuck. Buad muka sangat tak bersalah dan isi borang dan terus hantar. 

*Entry ini aku pernah published dulu dekat blog lama. Oleh itu, aku re-blogged and edit sedikit*



Okay itu sahaja. Jumpa next entry :)


QeelaDiva,
xoxo
.

Shoot Sana Sini

Assalamualaikum. 
Yeah, after a month i did not update anything. So, today is the day. Maaf, i am so busy lately. Ihiks. Plus i have no idea what to update about. So, harini aku nak cerita benda lepas yang aku buat. Basically, as a students, aku mesti busy dengan assignments. As you know, aku adalah student masscomm. So, now aku dah study dalam semester 4. Aku excited sangat belajar subject-subject baru dalam sem ni. One of the subject yang buatkan aku busy sangat sem ini adalah subject yang perlu kemahiran dan practical. Bukan belajar teori sahaja okay. Antara subjek-subjek nya ialah graphic design and photocommunication. Subject-subject ni perlukan duit yang banyak dan kemahiran serta skill yang hebat. Jap, kenapa aku cakap kena guna duit banyak sebab both subjek tu memerlukan camera. Lepas dah captured gamba, haruslah di print untuk di submit. So, sekarang dah paham kenapa aku cakap aku busy and perlukan duit and skill yang hebat.

Dua minggu ni aku busy shooting sana, shooting sini. Bukan shooting ala-ala artis tu ye. Ni shooting  gamba. Snap sana sini. Al-maklumlah, konon-konon nak dapat gambar super awesome. Aku ni feeling je lebih. Skill tu takde dalam diri pon. Belilah camera mahal macam mane pon, kalau skill takde memang gamba tu tak lawa pon. *cakap dengan cermin* sobs sobs. Tapi aku belajar bersungguh-sungguh semua pasal camera  tau. Khatam dah manual book canon EOS 650D aku tu. Tapi tu lah, takde minat yang mendalam maka gambar takda lah se-awesome mana pon. But i've tried my very best.

So, enjoice the pictures below.


 AFAMOSA: Taken by me. Masa ni pergi captured gamba untuk masukkan dalam booklet. Assignment untuk subject Graphic Design. Muehehe..



 MELAKA PLANETARIUM: Taken by me. Location dekat Ayer Keroh. Belom pernah masuk dalam lagi. Tujuan amik gamba ni pon untuk booklet group assignment.Eheheh




*front view of Melaka Planetarium*



Again *close up view*





MELAKA WONDERLAND: Ni taman tema air yang terbaru di Melaka so far :)
Gamba ni (referring to gamba melaka wonderland) terpilih untuk 'photo gallery' competition. Kiranya macam assignment. 10% uolls. Working in a group of 3 members including me. So, I am very glad that my picture in my group terpilih. ihiks. Tak berharap untuk menang di 'photo gallery event' nanti cuz I know my picture just biasa-biasa je. Banyak lagi talented budak-budak batch aku. T_T :D


Tahu tak macam mana rasa kepuasan dan kenikmatan bila hasil usaha kita terpilih. Penat lelah. Berkorban berdiri tengah panas yang terik amat. Aku rasa time shooting tu, dapat rasa mcam matahari tu atas kepala aku je. Haih. Fikir assignment yang carry mark nya tinggi, fikir kos keluar shooting, sewa kereta, makan minum lagi, takkan aku nak give up. Maka aku paksa diri aku untuk buat sehabis baik. Alhamdulillah. Bukan gamba terpilih untuk dimasukkan dalam event photo gallery je, malah aku dapat kepuasan berjalan walaupon penat yang amat.

Dan aku dapat settled kan assignment '7pictures' and 'booklet'. Eventhough 7pictures tu belum siap sepenuhnya, at least 5 daripada 7 gambar tu aku dah siapkan. Maka, ringan sikit beban aku. Boleh fikir nak buat assignment lain. Tak gitu?


Selain sibuk dengan assignment, aku pon sibuk dengan midterm test, lab test. Midterm tak risau sangat sebab teori. Kalau belajar, maka boleh lah jawab. Ni lab test ni yang risau. Test dah la mengejut. Lecturer tak inform. Sebab test ni utamakan kemahiran yang lecturer dah ajar dalam kelas. So, masa test tu, semua cuak. Lepastu keluar lah macam- macam idea yang merapu.


Atas ni sebenarnya bisnes kad untuk company. Test ni untuk subject design. Dah nama pon design, oleh itu setiap test we olls kene design. Business card ni one of our assignments. DIVA corporation tu nama company untuk booklet kitorang. Ni kerja individu. Bukan grouping. Tu sebab full name and h/p telah di censored kan. * No tel/fax, address, website serta email tu hanya rekaan semata*


Striking colour


 Okay itu sahaja. Jumpa next entry :) 


QeelaDiva,
xoxo

Template by:
Free Blog Templates